Sunday, 27 November 2011

Surat Untukmu Sahabat

Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,

Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..

Sahabatku, 
Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua. 

Sahabatku, 
Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar. 

Sahabatku, 
Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka? 

Sahabatku, 
Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini. 

Sekian dariku. 

Thursday, 10 November 2011

.:.5 Syarat Nak Buat Maksiat.:.


"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak"

perjalan di uitm....

bermulanye khdpn di uitm dgn mms( majlis minggu siswa)..
perhh...tyme 2 mmg pnt ya amat...giler..dah la kna bgn awl giler..
tido pun 2 o 3 jam je...pas2 ramai tetido kt msjd tyme subuh....
tyme sem 1 dulu untung..sbb kn ad h1n1 so kitorg di kecualikn dr induction..
tp kos dip in public admin wat gak induction..
wat kt dk je..so sng je..mntk sign senior yg ad kt dk...hehe

ni pic tyme last kls bel tyme part 1..huhu :)

tyme sem 2 ingt an dah terlepas dr induction...
rupe2 nye kna gak.. ceh...ni induction kolej pulak..
cm ntah pape je...bak kata wieda annoying...
msk sem 2 sbjek makin ssh... perh..
rasa cm nk tukar kos len je...
tp cam buang masa je...
trus kn la jugak....
 cmni la kalo xde lecturer dlm kels
 hahaha,,,haruk kelas..tyme ppkp...

msk sem 3 pulak...makin berkurg pulak org dlm kls..
tbe ad assgmnt kna wat sorg2..
wuarghhhhh :( xsukeeeee......
sem 3 pun makin ssh...ad sbjek law pulak..
accounting2..perh ssh r..
macro pun ssh...bley dikatakan suma sbjek ssh..
tp kna trskn jugak....
mcm2 dugaan time sem 3,...
selepas kels macro..huhu...

alhmadulillah dpt jugak smbg sem4..
makin ssh sbjek nye..plg susah quality management...
bel pulak asyk kna wat sigmnt je...
tiap2 mggu kna mengdp bel nye keje...
admin law pun...ssh jugak...rules of natural justice la...mcm2
yg sng statstik je...tyme ni pulak kels f tbe diorg hazafkan...
sesak jugak la kls...2 xpe lg...yg pk nye malu nk present...hehe...

kt kilang beryls..x syok pn..bosn je..hahaha

akhirnye smpi jugak di hjg sem..iaitu sem 5...
xsaba nk hbs..huhuu..sem ni lg la...suma sbjek pad..1 je law.
perh...ssh r...terutama current affairs ngn industrial realtions...
mmg mantap la sbjek die..
tyme ni studnt makin cikit...
plg tkt skli tyme kls industrial relations....heheeee
papehal pun..suma nye dugaan utk kejyaan..
alhamdulillah akhrnye tamat jugak dip in public admin.. huhu..
dinner pra graduate kt a'famosa


TAMAT SUDAH..SELAMAT TGGL UITM LENDU..:)



Wednesday, 9 November 2011

sahabat

pejam celik dah sebln lbh cuti..
tibe2 rindu pulak ngn kwn seangkatan tyme kt uitm..
dah lama x borak2 n gelak2...
mcm2 kerenah...
sumanye asam garam kehdpn
 
kt tnjg bidara..
 




Monday, 7 November 2011

.:. akhirnye .:.

alhamdulillah...
akhrnye tamat sudah pengajian
diploma in public administration..
perhhh..nk menghbs kn nye... mangai.... 
mcm2 dugaan....
pasni nk smbg pe pulak ye...
 terma ksh la pd kwn2 kelas yg byk membn2..
terutama time presentation...
hehe.......
hehe...
ni kwn kelas....
tp x suma ad tyme ni.. :(
papehal pun best la...
 ni pun pic kelas jugak....
terbaik!!!!!!!!!...
bila lg la kita akn bertemu lagi ye.
cm x sngka je dah hbs dip....
rase nye bru je msk...
kpd yg msh lom tamat diploma
jgn putus asa...
teruskan lagi..
insyaAllah kejayaan i2 pasti dgn adnye usaha,doa, ikhtiar n tawakal..
tibe rindu ngn kwn2... :)







Langkah ini


Hari ini aku terus mengorak langkah. Alhamdulillah, syukur masih diberi peluang untuk menghirup udara, menatap seraut wajah yang amat ku cintai, mak, ayah dan keluargaku dan masih diberi kesempatan untuk melaksanakan tanggungjawab kepada pencipta. Aku sedar, perjalanan ini kian jauh dan semakin kepenghujungnya. Usia yang sudah menginjak ke alam 20 membuatkan aku semakin takut untuk berdepan dengan segala macam ujian, dugaan dan cabaran.

Langkah ini harus diteruskan walau apapun yang mendatang. Perlu pasakkan semangat dan iltizam diri yang tinggi agar cita-cita ku tidak terhenti dipertengahan. Bila diseru perjuangan itu pahit, sahutlah syurga itu manis. Salam perjuangan.

syukran...

terima kasih ye 
sharifah najihah..
hahahaha........:)
ak x jumpa pic ko sorg dlm lptop ni
belek2 jumpa pic ni lak..